Sunday, June 21, 2009

Pementasan kedua Syurga Atau Neraka




Syurga atau Neraka akan dipentaskan di Festival Teater Selangor pada 27 haribulan June 2009 pada hari Sabtu di Dewan Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor. Menampilkan Aishah An Nur , Raja Azrey, Indra Putra, Shukor Yon dan Hafizal Miswal.

Arahan Khusiary Mahayuddin dan karya Raja Azrey.

Saturday, April 4, 2009

Datuk Jalaluddin Hassan Gagah Di Pentas Teater.















(gambar ehsan warna.sg)


Datuk Jalaluddin Hassan sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan di Malaysia, Kini nama ini masih gagah di industri kita, apa yang amat membanggakan Datuk Jalaluddin Hassan kini terus menerus di dalam arena teater pada ketika ini. Selepas kejayaan beliau dalam Teater Ibu Zain pada bulan yang lepas kini disambung pula dengan Bangsawan Semerah padi yang akan di pentaskan pada 10 hingga 12 April 2009 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Datuk Jalaluddin Hassan memegang watak Tok Penghulu di dalam kampung Semerah Padi yang mana membuatkan ianya memegang satu watak Tok Penghulu yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Penampilan beliau kali ini adalah bukti keikhlasan beliau pada industri hiburan tanah air kita, dan apa yang mengagumkan lagi beliau akan tampil semula di Teater Patung Kertas selepas Bangsawan Semerah Padi. Mari kita sama-sama saksikan penampilan hebat Datuk Jalalulddin Hassan di Bangsawan Semerah Padi arahan Khusiary Mahayuddin.

Thursday, February 5, 2009

Bangsawan Semerah Padi



















Sekali lagi Resam akan mementaskan teater dalam semarak bangsawan yang bertajuk Semerah Padi , dengan penampilan Raja Azrey , Serina Redzuawan, Datuk Jalaludin Hassan dan Hairi Rosli turut dibantu Syukor Yon, Aida, M.Rizal Hamdan dan Mior. Nantikan Kelainan yang akan muncul di pementasan tersebut selepas kejayaan Bangsawan Nujum Pak Belalang.
Bangasawan Semerah Padi akan di pentaskan pada 10 hingga 12 April 2009
bertempat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
Jam 8 malam
Sila datang awal untuk menyaksikan persembahan luar panggung jam 8.00 malam.Persembahan di luar panggung adalah daripada mahasiswa Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.Silat Tari dan Taklempong yang pertama kalinya dipersembahkan di Malaysia dipimpim oleh Bapak Indra Utama.
Masuk adalah percuma
Sila hubungi Adlina di talian 012 9315764 untuk sebarang maklumat.

Thursday, September 4, 2008

Bangsawan Nujum Pak Belalang


saksikan Bangsawan Nujum Pak Belalang dengan nafas baru dan menjanjikan hiburan. Selain itu Nujum Pak Belalang ini juga pertama kalinya di pentaskan dan dijadikan Bangsawan. Dengan penampilan para pelakon yang baik juga Resam percaya Bangsawan Nujum Pak Belalang yang bakal di pentaskan ini sememangnya menarik.


Tuesday, August 19, 2008

Kegemilangan malam pementasan Teater Syurga atau Neraka

Syurga Atau Neraka




Berakhir sudah pementasan teater Syurga atau Neraka pada 7 hingga 10 0g0s yang lalu, Pihak Resam bersyukur atas kejayaan tersebut. Sambutan amat memberangsakan, pihak Resam juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak, ribuan tahniah untuk semua krew produksi mahupun barisan pelakon. Tahniah!!
kepada sesiapa yang inginkan copy atau salinan DVD pementasan teater Syurga Atau Neraka hubungi adlina di talian 012 9315764.

Monday, July 21, 2008

Akan Datang Bangsawan Nujum Pak Belalang


Akan datang Bangsawan Nujum Pak Belalang sebuah lagi projek Resam di bawah KEKKWA dalam hujung tahun ini. Atas kepercayaan mementaskan bangsawan , Resam di beri mandat untuk mementaskan lagi bangsawan selepas pementasan yang luar jangkaan Bangsawan Lela Manja pada tahun lepas.

Nantikan kemunculannya.....

Wednesday, July 9, 2008

Ani Mayuni di pentas Neraka

Untuk pegatahuan semua ada beberapa berita baru di dalam produksi Syurga atau Neraka, iaitu pengantian Eira Syazira bagi watak Zarina. Eira Syazira tidak dapat meneruskan produksi kerana beliau mengalami beberapa sebab-sebab yang tertentu , namun pihak kami Resam tetap meneruskan produksi kami dengan menampilkan Ani Mayuni sebagai Zarina. Ani Mayuni yang tidak asing lagi dengan penampilannya beliau dalam seni tanah air dalam bidang lakonan mahupun nyanyian tetap seimbang popularitinya dari dahulu lagi. Ani Mayuni juga tidak asing lagi dalam dunia teater, beliau juga banyak terlibat dalam pelbagai teater mahupun teater bangsawan.

gambar Roland Hisham
http://rolandhashim.fotopages.com/